Frangipani Flower

Follow me ya !

Friday 3 August 2012

Amalan Di Bulan Puasa

Assalamualaikum ....
Dalam bulan puasa ada beberapa perkara yang Nabi lakukan dan inilah amalan bulan puasa yang sentiasa diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW kita. 

11 Amalan Bulan Puasa: 

1.  Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan solat.” Ada seseorang bertanya:  “Berapa lama antara sahur dengan solat itu?” Ia menjawab:  “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab adalah adanya makan sahur.”(HR Muslim)
2.  Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.”(HR Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat.  Jika tidak ada ruthob (kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan tamar (kurma yang sudah kering).  Jika tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu Daud dan At-Turmudzi)
3.  Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Ada 3 golongan yang tidak ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.  Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda:  “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.  Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:  “Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.  Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah berkata,  “Saya melihat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa.  Kerana seringnya, maka saya tidak dapat membilang dan menghitungnya.” (HR Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.  Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril.  Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.  Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR Bukhari)
7.  Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita tumpukan betul-betul dan menggandakannya.  Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran.  Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa kali pada bulan Ramadhan.
8.  Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.  Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:  “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.  Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.  Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata:  “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Semoga kita sama-sama dapat amalkan dan sampaikan kepada orang lain…. amin…

Teknik Belajar

 Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam pelajaran mereka bukan  kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi  kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulangkaji  pelajaran mereka.  Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan .
  • Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.      
  • Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.     
  •  Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.     
  •  Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. 
  • Ahli keluarga harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.      
  • Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari yang sama.     
  •  Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.     
  •  Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.
  • Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan.  
Pelajar-pelajar yang kandas adalah pelajar-pelajar yang :   
  •   Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar. 
  •   Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan.     
  •  Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan  mengulangkaji pelajaran.    
  •  Belajar semata-mata untuk peperiksaan. 
Tapi kalau tak berjaya jugak tak tahulah .. Mungkin tak ade rezeki kot nak berjaya .. Takpe , yang penting berusaha dan doa .. Yeahhhh !

Wednesday 6 June 2012

Nasihat Rohani untuk Remaja

                                                   ~   AKHLAK , ADAB DAN ETIKA ~
  • Katakanlah perkara yang benar, sekalipun kepahitan yang akan kamu temui. Ini kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan, sedangkan kebaikan membawa ke syurga.
  • Hindari daripada mengucapkan kata-kata keji dan kotor kerana ianya bagaikan merokok. Mudah dibiasakan tetapi sukar dihilangkan.
  • Buangkan bibit kesombongan di hatimu walau sekecil manapun. Sebabnya tidak akan masuk syurga seseorang yang ada kesombongan di hatinya walau sebesar zarah .
  • Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah.Jika masih marah, maka berbaringlah. Dan jika masih marah juga, berwuduklah lalu lakukan solat sunat dua rakaat.
  • Sebelum seseorang berlaku zalim atau menyakiti orang lain, cuba renungkan bagaimana seandainya orang lain melakukan sedemikian terhadap dirimu.
  • Sesungguhnya hanya dengan berzikir kepada Allah, hati kita akan menjadi tenteram.
  • Sedekah yang dikeluarkan pada jalan Allah bagaikan sebutir benih yang pada masing-masingnya terdapat seratus biji.
  • Ikhlaskan niat dalam setiap kali beramal kerana ia akan membawa kebahagiaan yang sempurna.
  • Jangan berlebihan dalam bergurau kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan melalaikan diri pada Allah S.W.T.
  • Sesiapa yang bersabar maka Allah akan bersamanya dalam segala keadaan.

Cara Bertaubat

Taubat berasal dari kata "tawaba" dalam bahasa Arab menunjukkan makna pulang dan kembali. Sedangkan taubat kepada Allah SWT berarti pulang dan kembali ke haribaan-Nya serta tetap di pintu-Nya.

Maksud taubat adalah kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat atau dosa. Taubat marupakan rahmat Allah yang diberikan kepada hambaNya agar mereka dapat kembali kepada-Nya. Firman Allah yang bermaksud :
“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".(At-Tahrim : 8)

Al-Hafizh Ibnu Katsir berkata dalam kitab tafsirnya :
"Artinya adalah, taubat yang sebenarnya dan sepenuh hati, akan menghapus keburukan-keburukan yang dilakukan sebelumnya, mengembalikan keaslian jiwa orang yang bertaubat, serta menghapus keburukan-keburukan yang dilakukannya."

Hasan Al Bashri berkata : 
“Taubat adalah jika seorang hamba menyesal akan perbuatannya pada masa lalu, serta berjanji untuk tidak mengulanginya.”

Al Kulabi berkata :
 “Yaitu agar meminta ampunan dengan lidah, menyesal dengan hatinya, serta menjaga tubuhnya untuk tidak melakukannnya lagi.”

Sa'id bin Musayyab berkata : 
“Taubat nasuha adalah: agar engkau menasihati diri kalian sendiri.”

Dari pendapat yang diberikan di atas bahawa taubat nasuha itu adalah taubat yang sebenarnya dan tidak lagi mengulangi kesalahan yang dilakukan. Taubat nasuha dilakukan dengan penuh penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Allah menerima orang yang bertaubat bersungguh-sungguh dan tidak lagi mengulangi perbuatan dosa tersebut. Manakala orang yang bertaubat kemudia masih melakukan perbuatan dosa tersebut tidak dinamakan sebagai taubat nasuha.

Ada manusia beranggapan buatlah dosa duhulu nanti kita boleh taubat pada masa tua nanti. Kalau dan bertaubat tidak mengapa, kalau tidak berkesempatan untuk bertaubat maka padah nanti di hari akhirat. Lagipun taubat sebegini diibaratkan tidak ikhlas dengan Allah, sebab orang tersebut masih berkeinginan untuk melakukan dosa. Jangan berlengah-lengah untuk bertaubat, kerana orang yang melengahkan taubat ini adalah orang yang jahil, sombong, tidak sedar diri dan zalim kepada dirinya. Firman Allah yang bermaksud :
“ Dan ingatlah, sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” (Al-Hujurat : 11)
Syarat-syarat Taubat

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah :
  1. Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.
  2. Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
  3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.
Cara-Cara Bertaubat 
  1. Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah saw : “Menyesali (dosa) itu adalah taubat”.(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
  2. Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.
  3. Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah zahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.
  4. Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah :“Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan taubat Nasuha, Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai” (At-Tahrim : 8)
Hukum Taubat

Ketahuilah bahawa hukum bertaubat adalah wajib kepada semua umat Islam untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur: 31)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
“Wahai sekalian manusia bertaubatlah kalian kepada Allah, karena sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah seratus kali dalam sehari.” (Riwayat Al-Bukhari)

Manusia tidak pernah sunyi melakukan kesalahan, kerana manusia dibekalkan nafsu sentiasa suka kepada perkara yang lazat atau keseronokan. Maka di sini, taubat adalah wajib dan fardhu ain kepada semua umat Islam. Taubatlah cara untuk menghapuskan dosa dan diampunkan Allah atas segala kesalahan yang dilakukan. Sebagai muslim yang baik, marilah kita sentiasa memohon taubat kepada Allah, supaya segala kesalahan kita diampunkan.
Penutup 

Taubat adalah kembali kepada Allah atau menyesali atas segala perbuatan dosa yang dilakukan selama ini. Ia bermunajat kepada Allah dan penuh keinsafan dan penyesalan atas segala dosa yang dilakukan. Taubat kepada mesti dengan sebenar-benar taubat, kerana orang yang tidak ikhlas taubatnya tidak akan diterima oleh Allah. Taubatlah dengan secepat yang mungkin dan jangan berlengah-lengah kalau kita menyedari telah melakukan kesalahan. Orang yang melengah-lengahkan taubat adalah orang yang sombong dengan Allah dan tidak takut dengan azab Allah yang sangat dahsyat. Sentiasalah bermuhasabah diri kita dan sentiasalah beristiqfar dan memohon ampun kepada Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita.

Akhir sekali saya datangkan kata-kata Imam Al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin seperti berikut :
"Sedangkan ilmu adalah, mengetahui besarnya bahaya dosa, dan ia adalah penghalang antara hamba dan seluruh yang ia senangi. Jika ia telah mengetahui itu dengan yakin dan sepenuh hati, pengetahuannya itu akan berpengaruh dalam hatinya dan ia merasakan kepedihan karena kehilangan yang dia cintai. Karena hati, ketika ia merasakan hilangnya yang dia cintai, ia akan merasakan kepedihan, dan jika kehilangan itu diakibatkan oleh perbuatannya, niscaya ia akan menyesali perbuatannya itu. Dan perasaan pedih kehilangan yang dia cintai itu dinamakan penyesalan. Jika perasaan pedih itu demikian kuat berpengaruh dalam hatinya dan menguasai hatinya, maka perasaan itu akan mendorong timbulnya perasaan lain, yaitu tekad dan kemauan untuk mengerjakan apa yang seharusnya pada saat ini, kemarin dan akan datang. Tindakan yang ia lakukan saat ini adalah meninggalkan dosa yang menyelimutinya, dan terhadap masa depannya adalah dengan bertekad untuk meninggalkan dosa yang mengakibatkannya kehilangan yang dia cintai hingga sepanjang masa. Sedangkan masa lalunya adalah dengan menebus apa yang ia lakukan sebelumnya, jika dapat ditebus, atau menggantinya.”


                                                        Sumber:Ustaz Nor Amin

Fesyen Tudung dan Pakaian Terkini ?

Assalamualaikum .. Apa khabar pembaca ? Harap dalam keadaan yang baik-baik sahaja , Alhamdulillah .. Tiba-tiba pulak saya teringin nak membincangkan tentang pemakaian tudung pada zaman sekarang..Maklumlah , sekarang macam-macam jenis ade , selendang , pashmina , syria .. Hem , saya juga ada tudung fesyen terkini cuma saya lihat ade yang salah memakainya .. Guru di sekolah saya pun sering mengingatkan tentang pemakaian tudung masa kini ..Guru saya juga berpesan memakai tudung mestilah menutup dada dan tidak jarang .. Pemakaian baju juga .. Sekarang susah nak cari baju muslimah .. Semuanya stail barat yang tiada lengan .. Baiklah , apa kata kita melihat bagaimanakah pemakaian mengikut agama Islam ?


Saya rasa mungkin gambar ini sudah cukup menerangkan bagaimana cara pemakaian yang betul .. Saya ingin berkata panjang tetapi saya bukanlah ustazah .. Hanya seorang pelajar .. Harap ini membantu .. InsyaAllah .. Bersama-sama kita berhijrah menjadi lebih baik .. 

Monday 4 June 2012

Kata-kata mutiara

1.Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati bagi mereka yang mengesakan Allah dan hiburan bagi orang yang suka beribadah.

2.Apa yang telah berlalu, biarlah ia berlalu. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan difikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap.

3.Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah diberikan dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkanlah berkeluh-kesah.

4.Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Zat Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

5.Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang lain. Cukuplah pahala daripada Zat tempat bergantungnya segala makhluk. Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.

6.Apabila anda berada di waktu pagi, jangan menunggu tibanya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik dari hari ini.

7.Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya dan jangan terlalu cemas dengan hari esok. Sekiranya anda melakukan terbaik pada hari ini, pastikan hari esok akan terbaik juga.

8.Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Campakkan sejauh-jauhnya penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda.
9.Buku adalah sahabat. Berdampinglah dengan buku. Bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan makrifah (pengetahuan).

10.Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkan tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berikanlah sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan.

11.Ketahuilah, bahawa kesusahan itu dapat membuka pedengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mengawal nafsu, mengingatkan hamba kepada Tuhannya dan dapat menambah pahala.

12.Janganlah anda suka mengharapkan terjadinya sesuatu peristiwa dan jangan menunggu keburukan. Jangan percaya terhadap semua berita yang tidak jelas dan jangan menelan mentah-mentah cerita yang tidak benar.

13.Ketahuilah, kebanyakan perkara yang ditakuti orang itu tidak pernah terjadi. Kebanyakan berita yang menakutkan itu tidak pernah terjadi. Allah adalah penjamin kita dan di sisi Allahlah semua pengawasan  dan pertolongan.

14.Percayalah pada kemampuan diri sendiri dan jangan mengharapkan bantuan orang lain. Anggaplah bahawa mereka memerlukan anda dan bukan anda yang memelukan mereka. Hanya Allah yang selalu bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya.

15.Perkara yang paling baik di dunia ini adalah kecintaan kepada Allah, perkara terindah di syurga adalah melihat Allah, kitab yang paling bermanfaat adalah kitab Allah dan makhluk yang paling berbakti adalah Rasulullah.

Thursday 31 May 2012

Segmen: Saya Nak Header by Akma Danira




Assalamualaikum...
Hmm..Sudah lama saya tak update blog kan? Maaflah.
Saya sibuk dengan sekolah. Ermm... ini buat entry pun sebab nak join segmen yang sedang dijalankan oleh Kak Akma Danira. Maklumlah, saya masih baru dalam dunia blogger ini.
Jadi, saya harap Kak Akma Danira boleh buatkan header untuk saya.
Terima kasih, Kak!

Tajuk Header : Indahnya Islam
Description : Islam agamaku, pembimbingku ke syurga...
Warna/Kod warna (1-3 warna) : 3333FF, 0066FF, FFFFFF
Saiz (kalau mahu) : Bebas
Doodle (kalau mahu) : Bebas


Thursday 19 April 2012

Kenikmatan Syurgawi

Syurga didibaratkan negeri pahala dan kenikmatan abadi kerana di dalamnya terdapat segala sesuatu yang tidak pernah dipandang oleh mata, didengar oleh telinga ataupun dirasakan oleh hati.Di dalamnya terdapat bidadari, pelayan anak remaja, aneka daging burung, buah-buahan, sungai-sungai air yang bening, susu, madu, arak yang mengalir, tempat tidur, sutera, emas permata dan sebagainya.
    Rasulullah telah menggambarkan keadaan syurga dalam hadis-hadisnya, antara lain ang berikut :

  • Abu Hurairah r.a. berkata : "Aku bertanya kepada Rasulullah, bagaimana bangunan syurga itu? Baginda menjawab: Ia diperbuat dari batu bata perak dan emas, sedang perekatnya adalah kasturi yang amat wangi, batu-batanya daripada mutiara dsn permata yaqut, sedang debunya adalah za'faran (sejenis kunyit).Barangsiapa yang memasukinya, ia akan senang, tidak pernah susah dan akan kekal tidak pernah mati, pakaiannya tidak pernah kotor dan masa mudanya tidak pernah musnah." (Ahmad, Darami, Bazzaar, Ibnu Hibban dan Tarmizi)
  • Abu Hurairah r.a. juga pernah berkata bahawa Rasulullah SAW brsabda: "Rombongan pertama yang masuk syurga adalah laksana purnama disusul oleh rombongan kedua yang bagaikan bintang kejora di angkasa. Mereka tidak kencing dan buang air besar juga tidak meludah dan berhingus. Sikatnya dari emas, peluhnya kasturi, sedangkan pedupaannya (dapur arang) dari kayu. Istei-isteri mereka adalah para bidadari. Mereka berada dalam akhlak satu orang dengan rupa yang seragam, seperti ayah mereka Adam a.s. yang tingginya 60 hasta." (Ahmad, Bukhari-Muslim, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Dapatkan Cinta Ilahi

  • Ikutlah atau berusaha mengikuti sunnah Rasulullah SAW daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar urusan.
  • Jadilah insan yang soleh (baik) dan juga Musleh (menjadi agen kepada kebaikan).
  • Berlaku adil dalam setiap perkara sama ada sebagai anak, isteri, suami, ibu dan bapa.
  • Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dan bimbingan dalam kehidupan.

Friday 13 April 2012

Doa Harian

                                                                                   
Doa Masuk Masjid
،اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
،وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِى اَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Ya Allah tambahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Ya Allah bukakanlah kepadaku pintu rahmat Engkau
Doa Keluar Masjid
،اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
،وَعَلَى اَلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
اَللَّهُمَّ اَنِّي اَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ
Ya Allah tambahkanlah rahmat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Ya Allah sesunnguhnya aku  memohon kurniaan Engkau
Doa Sebelum Makan
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابً النَّارِ
Ya Allah barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka
Doa Selepas Makan
اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan dan minum kepada kami dan menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Islam
Doa Sebelum Tidur
بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ اَمُوتُ وَاَحْيَا
Dengan namaMu Ya Allah yang mematikan  dan menghidupkan
Doa Selepas Tidur
اَلْحَمْدُ لله الَّذِى اَحْيَانَا بَعْدَمَا اَمَاتَنَا وَاِلَيْهِ النُّشُوْرَ
Segala puji bagi Allah yang menghidupkanku sesudah mematikanku dan kepadaMu tempat kembali
Doa Sebelum Masuk Tandas
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوذُبِكَ مِنَ الْخُبْثِ وَالْخَبَائِثِ
Ya Allah lindungi daku daripada syatan jantan dan betina
Doa Selepas Keluar Tandas
غُفْرَا نَكَ الله الَّذِى اَذْهَبَ عَنّى الأذَى وَعَا فَانِى
Aku memohon ampun daripada Engkau, Tuhan yang telah menghilangkan bahayaku dan menyihatkanku
Doa Keluar Rumah
بِسْمِ الله تَوَكَّلْتُ عَلَى الله ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِالله
Dengan nama Allah aku bertawakal, tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan atas pertolongan Allah
Doa Naik Kenderaan
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَرَلَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ
وَاَنَّ إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ
Maha suci Tuhan yang memudahkan kenderaan ini bagi kami, sedangkan kami tiba dengan mudah dengannya, dan kepada Allah kami kembali.



http://www.freewebs.com/alaurad/doa01.htm

Adab Bermasyarakat

Hidup ini memerlukan kita saling membantu dan menolong sesama manusia.Ia dinamakn hidup bermasyarakat.Untuk lebih mengukuhkan pertalian masyarakat sekeliling, kita perlu juga menjalani adab tertentu.

  • Mengajak ke arah perbuatan yang baik.Elakkan daripada mengajak kepada sesuatu yang membawa kerosakan.
  • Saling berpesan dengan kebenaran, kesabaran dan kasih sayang.Elakkan daripada perbuatan mengadu berita palsu.
  • Memuliakan anak-anak yatim.Elakkan daripada mengasing dan menyingkirkan anak-anak yang tidak berpenjaga.
  • Berbuat baik kepada jiran dan orang yang lemah.Elakkan daripada berkasar dan membenci jiran tetangga dan orang miskin.
  • Tolong menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan.Elakkan daripada tidak menghadiri dalam program pemasyarakatan.
  • Memberi nasihat dalam perkara agama.Elakkan daripada meneladani perkara-perkara yang mungkar.
  • Sentiasa membantu dan berjihad denagn tangan, lidah dan harta.Elakkan daripada duduk menyendiri tanpa mempedulikan orang lain.

Adab Beribadat

Kita adalah hamba kepada Allah S.W.T.Dengan ini, telah terpateri janji untuk beribadat hanya kepada Allah S.W.T., tiada yang lain.Sesungguhnya juga, telah digariskan adab beribadat yang patut kita amalkan.




  • Mengikhlaskan niat hanya kepada Allah S.W.T.Elakkan daripada berniat kerana hendakkan pujian orang ramai.
  • Bertaubat kepada Allah S.W.T.Elakkan daripada perasaan takut kepada makhluk lain seperti hantu dan jin.
  • Berabar atas ujian Allah S.W.T.Elakkan daripada menyalahkan takdir dan berburuk sangka.
  • Malu terhadap Allah S.W.T.Elakan daripada berbuat maksiat dan tidak berasa bersalah dalam kejahatan yang dilakukan.
  • Bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T.Elakkan daripada berbangga diri atas sesuatu kejayaan.
  • Bertawakal kepada Allah S.W.T.Elakkan daripada berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berdoa.
  • Mengingati Allah S.W.T.Elakkan daripada terlupa untuk mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T.

Thursday 12 April 2012

Adab Seorang Anak

Ibu bapa merupakan pendidik awal seorang anak sebelum melangkah ke alam baru.Adalah sesuatu yang tidak manis andainya seorang anak tidak mempedulikan tunjuk ajar dan adab terhadap ibu mahupun bapa.

  • Mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa.Usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa adalah baik.
  • Bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat.Usah duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa berdiri ketika berbual.
  • Menyahut dengan segera apabila dipanggil.Usah membiarkan panggilan ibu bapa tidak berjawab atau berulang-ulang.
  • Meminta izin ketika mahu ke mana-mana.Usah keluar rumah atau pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa.
  • Bersalam tangan ketika pergi belajar atau berpisah sementara.Usah hanya melambai-lambai dari jauh.
  • Bercakap sekadar suara yang boleh didengar.Usah menjerit ketika berbual  denag ibu bapa.
  • Senyum ketika berhadapan dengan ibu bapa.Usah memuncungkan bibir dan bermasam muka di hadapan mereka.

Adab Seorang Murid

Sebagai seorang murid, kita perlu ada adab dan susila yang patut kita amalkan.Selain daripada menghormati guru, insyaAllah pelajaran yang kita perolehi juga akan mendapat berkat.
  • Memberi salam terlebih dahulu.Usah sesekali kita terus terjah ke arah guru sehingga terkejut guru dibuatnya.
  • Kurangkan bercakap, banyakkan bertindak.Usah banyak bercakap di hadapan guru sehingga membosankan.
  • Meminta izin unutk bertanya,Usah bertanya pada sesuatu yang tidak ada kena-mengena sebagai murid.
  • Memberi tmpuan sepenuhnya semasa belajar.Usah berbisik atau memandag sambil lewa terhadap guru.
  • Hormati kesihatan guru.Usah bertanya soalan dengan bertubi-tubi walaupun guru sedang dalam keletihan.
  • Bertindak segera apabila disuruh membuat sesuatu.Usah berlengah dalam sesuatu urusan antara murid dan guru.
  • Hormati keputusan guru.Usah menyangkal pandangan guru secara terburu-buru tanpa berbincang.

Iman

Iman dari segi bahasa ialah kepercayaan dan keyakinan.Iman dari segi syarak pula ialah mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan membuktikan dengan mengerjakan segala suruhan Allah S.W.T.Setiap orang Islam mestilah meyakini semua rukun-rukun iman, iaitu :

  1. Percaya kepada Allah S.W.T.
  2. Percaya kepada malaikat.
  3. Percaya ke[ada kitab-kitab.
  4. Percaya kepada rasul-rasul.
  5. Percaya pada hari akhirat.
  6. Percaya pada qadak dan qadar.

Sebarang penafian terhadap salah satu daripada rukun-rukun tersebut boleh menyebabkan iman seseorang itu terbatal.Iman seseorang itu boleh meningkat dan berkurangan bergantung pada ktaatan dan kepatuhan dalam melaksanakan perintah Allah S.W.T..

Apa itu Islam ?

Islam dari segi bahasa bermaksud sejahtera, selamat, aman dan menyerah.Islam dari segi syarak pula ialah menyerah diri, tunduk dan patuh pada perintah Allah S.W.T yang disampaikan oleh rasul-Nya.Islam adalh agama yang hak dan benar, diturunkan oleh Allah S.W.T kepada rasul-Nya.Islam juga adalah agama yang lengkap untuk memandu manusia ke jalan yang sejahtera di dunia dan di akhirat.Islam adalah satu-satunya agama yang diiktiraf oleh Allah S.W.T melalui firman-Nya :
 (Surah Ali-Imran: Ayat 19)
Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam.


                                     

Suka blog ni ?

Copyright© All Rights Reserved Nur Farrah Farhana @ farhanarozali.blogspot.com