Ibu bapa merupakan pendidik awal seorang anak sebelum melangkah ke alam baru.Adalah sesuatu yang tidak manis andainya seorang anak tidak mempedulikan tunjuk ajar dan adab terhadap ibu mahupun bapa.
- Mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa.Usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa adalah baik.
- Bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat.Usah duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa berdiri ketika berbual.
- Menyahut dengan segera apabila dipanggil.Usah membiarkan panggilan ibu bapa tidak berjawab atau berulang-ulang.
- Meminta izin ketika mahu ke mana-mana.Usah keluar rumah atau pergi ke mana-mana tanpa pengetahuan ibu bapa.
- Bersalam tangan ketika pergi belajar atau berpisah sementara.Usah hanya melambai-lambai dari jauh.
- Bercakap sekadar suara yang boleh didengar.Usah menjerit ketika berbual denag ibu bapa.
- Senyum ketika berhadapan dengan ibu bapa.Usah memuncungkan bibir dan bermasam muka di hadapan mereka.
No comments:
Post a Comment