Frangipani Flower

Follow me ya !

Monday 4 June 2012

Kata-kata mutiara

1.Berimanlah, kerana iman boleh menghilangkan keresahan dan melenyapkan kegundahan. Keimanan adalah penyejuk mata hati bagi mereka yang mengesakan Allah dan hiburan bagi orang yang suka beribadah.

2.Apa yang telah berlalu, biarlah ia berlalu. Apa yang telah pergi, biarlah binasa. Jangan difikirkan apa yang telah berlalu, kerana ia telah pergi dan lenyap.

3.Redhalah dengan takdir yang telah ditentukan dan rezeki yang telah diberikan dengan hati yang terbuka. Segala sesuatu itu sudah ada ukurannya, maka tinggalkanlah berkeluh-kesah.

4.Ketahuilah, bahawa dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan dosa akan terhapus. Dengan mengingati Allah, Zat Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib akan meredhai dan segala kesusahan akan lenyap.

5.Jangan sekali-kali mengharapkan ucapan terima kasih daripada orang lain. Cukuplah pahala daripada Zat tempat bergantungnya segala makhluk. Anda tidak perlu takut terhadap orang yang kufur, pendendam dan iri hati.

6.Apabila anda berada di waktu pagi, jangan menunggu tibanya waktu petang. Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja. Curahkan seluruh perhatian anda untuk menjadi lebih baik dari hari ini.

7.Biarkan masa depan itu datang dengan sendirinya dan jangan terlalu cemas dengan hari esok. Sekiranya anda melakukan terbaik pada hari ini, pastikan hari esok akan terbaik juga.

8.Bebaskan jiwa anda daripada rasa dengki dan iri hati. Campakkan sejauh-jauhnya penyakit permusuhan dan hilangkan rasa permusuhan daripada hati anda.
9.Buku adalah sahabat. Berdampinglah dengan buku. Bersahabatlah dengan ilmu dan bertemanlah dengan makrifah (pengetahuan).

10.Maafkanlah orang yang menzalimi anda dan sambungkan tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berikanlah sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberi kepada anda dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan.

11.Ketahuilah, bahawa kesusahan itu dapat membuka pedengaran dan penglihatan, menghidupkan hati, mengawal nafsu, mengingatkan hamba kepada Tuhannya dan dapat menambah pahala.

12.Janganlah anda suka mengharapkan terjadinya sesuatu peristiwa dan jangan menunggu keburukan. Jangan percaya terhadap semua berita yang tidak jelas dan jangan menelan mentah-mentah cerita yang tidak benar.

13.Ketahuilah, kebanyakan perkara yang ditakuti orang itu tidak pernah terjadi. Kebanyakan berita yang menakutkan itu tidak pernah terjadi. Allah adalah penjamin kita dan di sisi Allahlah semua pengawasan  dan pertolongan.

14.Percayalah pada kemampuan diri sendiri dan jangan mengharapkan bantuan orang lain. Anggaplah bahawa mereka memerlukan anda dan bukan anda yang memelukan mereka. Hanya Allah yang selalu bersama diri anda. Jangan tertipu dengan orang yang selalu berfoya-foya.

15.Perkara yang paling baik di dunia ini adalah kecintaan kepada Allah, perkara terindah di syurga adalah melihat Allah, kitab yang paling bermanfaat adalah kitab Allah dan makhluk yang paling berbakti adalah Rasulullah.

No comments:

Suka blog ni ?

Copyright© All Rights Reserved Nur Farrah Farhana @ farhanarozali.blogspot.com